Axis-Y Complete No-Stress Physical Sunscreen REVIEW!

Axis-Y Complete No-Stress Physical Sunscreen adalah antara sunscreen untuk kulit sensitif terbaik di pasaran hari ini. Jom baca kenapa anda patut Ia bukan sekadar beri perlindungan penuh, bahkan tidak menyebabkan iritasi kepada kulit sensitif anda.

axis y sunscreen review

{getToc} $title={Table of Contents} $count={true} $expanded={true}

Apa yang ditawarkan?

1. SPF50+ PA++++. Nilai SPF sempurna untuk halang UVA/UVB

2. Physical sunscreen. Ada Zinc Oxide + Titanium Dioxide yang mesra kulit sensitif.

3. Ringan & tak berminyak. Cepat meresap, dan tidak ada white cast.

4. Bahan yang menenangkan kulit. Mugwort, niacinamide, hyaluronic acid untuk jerawat dan hidrasi kulit. 

Axis Y Complete No Stress Physical Sunscreen

Bahan penting / key ingredients

1. Zinc Oxide + Titanium Dioxide. Merupakan filter yang dikhaskan buat kulit sensitif. Ia lembut tidak menyebakan breakout.

2. Mugwort. Bantu kurangkan kemerahan & iritasi.

3. Celendula & squalane. Terkenal dengan keboleh merawat jerawat & sebagai pelembap.

Axis Y Complete No Stress Physical Sunscreen

4. Niacinamide. Superstar ingredient for acne, & control minyak berlebihan.

Siapa sesuai pakai Axis-Y Sunscreen?

Disebabkan ia ringan, maka ideal dijadikan sebagai sunscreen untuk kulit berminyak, sensitif, dan kombinasi.

Ulasan

Saya dapat sample sunscreen ini tempoh hari and here is my thoughts.

Physical sunscreen ini kebiasaannya bercapuk, but not this one. Biarpun saya tan skin, ia langsung tak nampak kelabu. 

Kalau hijabis nak reapply sunscreen pun tak lekat pada tudung.

axis y sunscreen texture

Senang gila nak blend, bahkan ada glowing effect. Kulit saya jenis berminyak, tetapi sunscreen Axis-Y ini langsung tak melekit.

Packaging? Padu! Tiub dengan muncung halus buat kita senang nak letak pada dua jari.

Overall, I highly recommend this sunscreen. Cuma saya tak suka dengan bau herbanya. What a bummer. Semua padu, kecuali bau.

Pros & Cons

Pros

  • Tiada white cast.
  • Ringan, tak melekit.
  • Tiada pewangi, alkohol, pareben, mineral oil.
  • Non-comedogenic iaitu tak buar pori tersumbat.

 

Cons

  • Bau herba agak kuat, tetapi tak berpanjangan.

 

Harga Axis-Y Complete No-Stress Physical Sunscreen

Agak mahal berbanding sunscreen lain di pasaran hari ini. Tetapi berbaloi untuk anda cuba sebab ingredients dia memang best. Or, korang boleh beli tiub trial (10 mlm) dulu.

10 ml (RM14)

{getButton} $text={ RM14 Beli DI SINI } $icon={cart}

50 ml (RM44)

{getButton} $text={ RM44 Beli DI SINI } $icon={cart}

Kesimpulan

Axis-Y Complete No-Stress Physical Sunscreen ni pilihan terbaik untuk kulit sensitif. Anda masih mendapat perlindungan UV maksimum tanpa iritasi atau breakout. Highly recommended.

Terbaru Lebih lama