Penting untuk anda pastikan kulit sentiasa terlindung dari sinaran UV, biarpun ketika memakai makeup. Ya, it could be tricky kerana boleh tanggalkan makeup. Jangan risau, ini cara reapply sunscreen tanpa rosakkan makeup anda.
{getToc} $title={Table of Contents} $count={true} $expanded={true}Perlukah reapply sunscreen ketika memakai makeup?
Dalam artikel sebelum ini saya dah terangkan cara reapply sunscreen agar kulit dapat perlindungan sepanjang hari.
Walaupun dah pakai sunscreen sebelum keluar rumah, ia akan hilang dari kulit selepas beberapa jam disebabkan peluh, minyak, geseran, dan faktor persekitaran. Untuk para wanita, biarpun memakai makeup, anda harus mengaplikasikan kembali agar kulit tidak terdedah kepada sinaran UV.
Cara reaply sunscreen ketika pakai makeup dengan betul
Anda boleh cuba kaedah ini supaya kulit sentiasa mendapat perlindungan, dalam masa sama masih kekal cantik dan glamorous.
1. Guna sunscreen jenis spray
Ia paling senang dan berkesan untuk diaplikasi ketika pakai makeup, bahkan buat wanita berhijab. Ia ringan, tidak bercapuk, dan tak rosakkan makeup atau kotorkan tudung. Cuma halakan dengan jarak 6 hingga 8 inci dari muka, dan spray.
Rekomendasi:
Skintific All Day Light Sunscreen Mist
- Tidak bercapuk, tak rosakkan makeup dan tudung.
- Ringan.
- Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak.
- Antara sunscreen terbaik di Guardian yang anda patut cuba.
2. Guna powder sunscreen
Powder sunscreen ini hadir bersama berus atau sponge. Membuatkan ia senang digunakan tanpa tuang pada jari. Cuma dab pada wajah dengan sekata. https://invl.io/clls1vc
Rekomendasi:
Skintific Cover All Perfect Cushion
- SPF35 PA++++ which is just nice.
- Mengandungi 5X ceramide, centella, dan hyaluronic acid.
- Hampir 300k unit terjual di Shopee.
- Beri 'flawless finish look.
- Ada 5 shades, boleh pilih ikut warna kulit anda.
3. Guna sunscreen stick
Cara reapply sunscreen tanpa rosakkan makeup seterusnya adalah guna yang jenis stick. Bahkan ia lebih mudah diaplikasi dan kalis peluh. Ia semakin popular pada hari ini.
Rekomendasi:
Wardah UV Shield Light Matte Sun Stick
- Senang di sapu, atau dibawa ke mana-mana.
- Tak comot atau beri kesan pada tudung.
- SPF50 PA++++
- Tidak menyumbatkan pori.
- Sesuai untuk kulit kering, normal, dan sensitif.
Tips reapply sunscreen di atas makeup
- Guna setting spray atau face mist dengan sekata. Kaedah ini memberi perlindungan kepada solekan sebelum anda aplikasikan sunscreen. Boleh guna RIMMEL Lasting Finish Setting Setting Spray.
- Setiap 2 - 4 jam. Aplikasikan kembali sunscreen setiap 2 - 4 jam bergantung kepada berapa kuat anda berpeluh.
- Fokus pada 'key areas'. Contohnya pipi, hidung, dan dahi.
Kesimpulan
Dengan kaedah di atas, anda boleh pastikan kulit kekal terlindung dari UVA/UVB
tanpa rosakkan solekan dan kekal cantik sepanjang hari!