Kulit anda berminyak & susah nak cari sunscreen sesuai? Good news sebab Skintific Matte Fit Serum Sunscreen terbaharu ni tak buat kulit melekit dan beri matte finish!
Here's our review!
{getToc} $title={Table of Contents} $count={true} $expanded={true}
Skintific Matte Fit Serum Sunscreen untuk kulit apa?
FYI, ia adalah sunscreen untuk kulit berminyak dan berjerawat. 'Oil control' jelas tertera pada botol dan perkataan 'matte' kebiasaannya dikhususkan pada skincare untuk kawal minyak berlebihan.
Manfaat?
SPF 50+ PA++++
Nilai terbaik untuk cuaca Malaysia. Mampu lindungi kulit dari UVA/UVB & blue light.
Matte finish
Formulasi kesan matte ini amat berkesan buat kulit berminyak untuk elak wajah melekit & bersinar.
Melembapkan kulit
Kandungan ectoin & oat mampu buat kulit lembap dan lembut.
Kandungan utama
- Oat Extract: Bantu kekalkan kelembapan semula jadu kulit.
- Zinc PCA: Kawal extra sebum, elak iritasi & jerawat.
- Ectoin: Menenangkan iritasi.
- Fomes officinalis extract: Kecilkan pori-pori.
Ulasan
Botol jenis tiub, cantik, & sleek! Selamat untuk letak dalam bag in case nak reapply sunscreen selepas 3 jam.
Dari segi tesktur, krim cair yang senang nak blend. Sapu je terus meresap tanpa tinggalkan kesan white cast.
It's matte finish really shown ye guys! Sama seperti yang diiklankan. Orang yang ada masalah kulit berminyak memang akan suka sunscreen ni. Shine no more.
Kelebihan & kekurangan Skintific Matte Fit Serum Sunscreen
Kelebihan
- Tak ada white cast, sesuai dengan semua warna kulit.
- Langsung tak buat muka melekit.
- Hybrid sunscreen.
Kekurangan
- Tekstur cair, cepat luntur kalau kerap berpeluh. Kena reapply untuk kekal lindungi kulit.
- Harganya agak tinggi berbanding sunscreen lain di pasaran.
Harga
Sekitar RM29. Beli secara online untuk harga lebih murah. Link Shopee di bawah.
{getButton} $text={ RM29 Beli DI SINI } $icon={cart}
Kesimpulan
Memang berbaloi kalau anda ada masalah kulit berminyak. Boleh nampak beza tau. Lagipun, Skintific ni bukan calang-calang produk. Let me know what you think!