The Originote Ceramella Sunscreen Review - Padu untuk Kulit Kering

Tak melekit langsung, dan tak buat muka bersinar. Sebab tu kami cadangkan anda guna The Originote Ceramella sebagai sunscreen untuk kulit kering

Keep in mind terutama mereka yang berkulit kering, sinar UV boleh buat kulit bertambah kering dan kusam tau! Jadi wajib cari sunscreen yang beri hidrasi.

Sunscreen dari The Originote might be the one yang boleh selesaikan masalah anda.

The Originote Ceramella Sunscreen

{getToc} $title={Table of Contents} $count={true} $expanded={true}

Apakah manfaat The Originote Ceramella Sunscreen?

Nilai SPF50 PA+++

Nilai terbaik untuk perlindungan UV & blue light. Terhindar dari sunburn, jeragat & penuaan. 

Mengandungi ceramide

Ceramide bukan sahaja beri kelembapan, bahkan baiki tona dan redakan iritasi.

Tekstur ringan

Krim cair, cepat meresap & tidak tinggalkan white cast.

Tidak melekit dan berminyak

Kulit nampak sihat & lembap. Perfect for dry skin.✨

Ulasan

The Originote Ceramella Sunscreen review malaysia

Saya cukup suka dengan sunscreen dengan tekstur cair dan cepat meresap. 

Disebabkan ia banyak moisturizing ingredients seperti ceramide, Vit C & tremalla, maka sunscreen ini memang melembap dan rasa sejuk lepas disapu.

Baunya hampir sama dengan sunscreen dari Sunplay. Tiada bau herba atau wangian yang mengjengkelkan.

the originote sunscreen no white cast

Paling best, tak melekit. Tapi you have to give it some time untuk ia benar-benar kering. 

No white cast baby!

Kelebihan dan kekurangan The Originote Sunscreen

Kelebihan

  1. SPF 50 PA+++
  2. Sesuai untuk semua jenis kulit kerana ia moisturizing sunscreen.
  3. Kuatkan skin barrier sebab ada ceramide (menurut Healthline)
  4. Tiada whitecast & tak bercapuk.
  5. Glow finish!
  6. Harga berpatutan. 

Baca: 7 Sunscreen Untuk Remaja | Murah & Glow Finish {alertInfo}

Kekurangan

  1. Bukan water resistant. Terus larut selepas kena air.
  2. Tidak mesra wuduk. Kena terus reapply sunscreen.

The Originote sunscreen physical atau chemical?

Ia adalah hybrid sunscreen yang guna gabungan 2 filter chemical dan physical sunscreen. Hybrid sunscreen lebih ringan, mudah dicuci, dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Harga

Jenama dari Indonesia ini amat berpatutan. Anda boleh dapatkannya sekitar RM16 di drugstore.

Harga online biasanya lebih murah. Rujuk link di bawah.

{getButton} $text={ RM15 Beli DI SHOPEE } $icon={cart}

FAQs

Sunscreen The Originote untuk kulit apa?

Memandangkan ia mengandungi kandungan moisturizing, maka ia sesuai untuk semua jenis kulit.


Kesimpulan

Kami yakin The Originote Ceramella Suncreen ni akan buat kulit kering anda kembali segar berseri. Bukan sahaja melindungi, tetapi turut melembapkan kulit. Murah pulak tu! Give it a try.

 

Terbaru Lebih lama