Sekarang anda dah tahu kepentingan pakai sunscreen lepas baca artikel ByUtopia. Tapi macam mana cara nak cuci sunscreen dengan betul dan bersih?
Ya, sunscreen yang anda pakai seharian tu harus dibersihkan sebelum tidur. Nak tahu kenapa? Baca artikel ini sampai habis!
{getToc} $title={Table of Contents} $count={true} $expanded={true}
Kenapa perlu cuci sunscreen dari wajah?
Memang betul sunscreen lindungi kulit dari sinar UV. Namun ia harus dibersihkan setiap hari.
Your pores get stuffed and suffocated, leaving rooms for acne-causing bacteria to thrive. - Dermaskinhealth
Elak pori tersumbat
Bahan yang terkandung dalam sunscreen boleh mengakibatkan pori tersumbat jika dipakai terlalu lama.
Lebih lebih lagi kalau anda pakai sunscreen kalis air.
Punca jerawat
Tidak mencuci sunscreen buat bakteria, minyak, dan kotoran terkumpul sekali
gus menyebabkan jerawat.
Menyebabkan iritasi
Kulit sensitif mudah terdedah kepada breakout dan kemerahan sekiranya wajah tidak dibersihkan.
Tidak sah wuduk
Bagi umat Islam, pastikan anda cuci sunscreen sebelum berwuduk. Terutama kalau pakai physical sunscreen yang susah dicuci.
Risau takut tak sah kalau air tidak terkena kulit.
Cara cuci sunscreen dengan bersih
Terdapat 3 cara untuk bersihkan sunscreen. Iaitu:
Guna micellar water
This is my personal favorite. Micellar adalah sejenis cecair yang amat berkesan menanggalkan makeup dan sunscreen.
Cuma titiskan ke atas kapas, dan lap pada seluruh wajah. Tak perlu basuh atau bilas muka.
Contoh micellar water terbaik:
- Glad2Glow Cherry Blossom Betaine Micellar Water | RM11 Beli di SINI
- Wardah Nature Daily Aloe Seaweed Micellar Water | RM11.90 Beli di SINI
Guna facial wipes
Atau makeup wipes iaitu tisu basah yang mengandungi bahan untuk buang segala minyak, makeup, dan kotoran pada kulit. Waterproof maskara korang pun hilang tau.
Contoh facial wipes terbaik:
- Simple Cleansing Facial Wipes | RM9 Beli di SINI
- Bifesta Micellar Cleansing Sheet Moist | RM6.90 Beli di SINI
Buat double cleansing
Use oil to remove oil. Yup, guna pencuci muka berasaskan minyak untuk membersihkan kotoran pada wajah.
Kemudian diikuti dengan pencuci muka biasa.
This is optional tau. Boleh guna 2 kali seminggu atau bila pakai makeup terlalu tebal.
Contoh double cleanser terbaik:
- Anua Heartleaf Pore Control Cleansing Oil | RM13 Beli di SINI
-
Hada Labo Hydrating Cleansing Oil | RM53 Beli di SINI
Sunscreen yang mesra wuduk?
Untuk memudahkan solat, why not sunscreen water based? Barulah cara cuci sunscreen tu lebih mudah.
Kami tak rekomen guna air je. Tapi kalau terpaksa, basuh lama sikit tau?
Barulah boleh solat tanpa ragu. Guna sunscreen ini:
FAQs
Wardah sunscreen mesra wuduk?
Boleh guna Wardah UV Shield Essential Gel Sunscreen Serum atau Aqua Fresh Sunscreen.
Kesimpulan
Pakai sunscreen dan mencucinya memang renyah! Saya faham. Namun, ini adalah cara terbaik. Once kulit bermasalah, memang susah dipulihkan.
Semoga perkongsian cara cuci sunscreen ini bermanfaat. Follow Facebook ByUtopia untuk ketahui
info skincare.