8 Tips Pilih Sunscreen Terbaik & Sesuai dengan Kulit!

Ramai yang tersalah pilih sunscreen. Beli, kemudian tak sesuai dengan kulit. Ada yang makin berminyak, bercapuk dan menyebabkan iritasi. Jadi ini dia tips pilih sunscreen yang sesuai dengan kulit anda.

Nak pilih sunscreen yang sesuai nampak mudah, tapi kalau tak faham asasnya boleh jadi keliru sampai TERSALAH BELI. 

Jadi ByUtopia kongsikan tips pilih sunscreen supaya anda boleh beli produk yang terbaik dan sesuai dengan kulit okay? 🌞

tips pilih sunscreen
Gambar: Pexels.com

{getToc} $title={Table of Contents} $count={true} $expanded={true}

Kenapa perlu pakai sunscreen?

Sunscreen adalah produk penjagaan kulit yang melindungi wajah dari sinar UV matahari yang memberi kesan buruk terhadap kulit. 

Ia WAJIB dipakai sama seperti pencuci muka dan moisturizer. Malah, kalau anda tidak memakai sunscreen, pemakaian produk kulit lain adalah sia-sia.

Ini kerana kulit anda terdedah kepada punca masalah kulit utama iaitu sinar UV.

Sinar UV ini boleh menyebabkan:

  • UVA: Beri kesan penuaan, nampak tua dari usia, kedutan, risiko kanser kulit.
  • UVB: Sunburn, iritasi & jeragat

 

Kesan tidak memakai sunscreen

1. Penuaan - Nampak lebih tua dari usia, cepat mendapat kedutan. Lewat 20-an pun dah ada garis halus. Nobody wants this!

2. Sunburn - Terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama menyebabkan sunburn. Kulit berbelang dan rasa pedih!

kulit berjeragat
Gambar: Nova Skins

3. Jeragat - Bintik-bintik gelap pada wajah ini hampir mustahil untuk dipudarkan. Ia adalah kesan sinar UV. 

Cara terbaik adalah cegah dari awal dengan memakai sunscreen setiap hari.

4. Kulit kusam - Tona tidak sekata dan nampak tidak bermaya. Ugh!

5. Masalah kulit bertambah serius - Kulit berjerawat dan sensitif akan bertambah serius tanpa sunscreen. Sebab matahari adalah salah satu punca utama masalah kulit!

Jenis-jenis sunscreen

Ya, terdapat 3 jenis sunscreen dipasaran. Yang mana satu sesuai dengan anda? Jom lihat!

  1. Physical sunscreen
  2. Chemical sunscreen
  3. Hybrid sunscreen


Physical sunscreen

FYI, physical sunscreen menggunakan bahan-bahan mineral untuk melapisi kulit untuk melantunkan semula sinar UV.

Cara utama untuk kenal pasti adalah adanya 2 bahan utama iaitu zinc oxide dan titanium dioxide.

Kelebihan physical sunscreen:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Cenderung sebagai sunscreen untuk kulit sensitif kerana kandungannya yang lembut.
  • Bertindak sebaik selepas sapuan.

Chemical sunscreen

Sunscreen jenis chemical pula menyerap sinar UV dan menukarnya kepada haba. 

Bahan utama dalam chemical sunscreen adalah oxybenzone, avobenzone, & octocrylene.

Kelebihan chemical sunscreen:

  • Lebih ringan & cair.
  • Tidak ada white cast.
  • Sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi.

Gambar: unicare.com

Hybrid sunscreen

Hybrid sunscreen pula menggunakan kedua-dua filter physical dan chemical sunscreen. Lapisan filter ini menghalang sinar UV sekaligus menawarkan perlindungan maksimum.

Kelebihan hybrid sunscreen:

  • Perlindungan berganda.
  • Lebih ringan, mudah meresap.
  • Tiada white cast.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.

Tips pilih sunscreen yang sesuai dengan kulit

1. Ikut jenis kulit

Kulit kering: Pilih yang bertekstur krim, mempunyai bahan pelembap seperti hyaluronic acid & ceramide. 

Contoh:


Kulit berminyak: Bagi sunscreen untuk kulit berminyak, beli yang beri kesan matte finish, tekstur cair & tak menyumbatkan pori.

Contoh:


Kulit sensitif: Kalau sunscreen untuk kulit sensitif pula, pilih physical sunscreen sebab kandungannya lebih lembut & tidak menyebabkan iritasi.

Contoh:

2. Nilai SPF yang tinggi

Semakin tinggi nilai SPF, semakin perlindungan terhadap sinar UV. Sama seperti simbol + tu.

Lebih banyak + lagi elok.

Pilih SPF 30 - 50 sudah cukup untuk kegunaan harian. Sebaiknya SPF50.

3. Ikut aktiviti harian

Sekiranya anda tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari, guna sunscreen water-based yang mudah dicuci. 

Manakala kalau banyak aktiviti outdoor atau banyak bersukan, sunscreen kalis air lebih ideal kerana ia tidak mudah luntur.

4. Broad spectrum

Tips pilih sunscreen keempat adalah cari yang ada label 'broad spectrum' kerana ia menawarkan perlindungan terhadap kedua UVA/UVB.

5. Mengikut bajet

Nak sunscreen murah tapi bagus? I've got you covered! Banyak sunscreen berkualiti tapi berpatutan di pasaran.

Ada bahan premium pada harga bajet!

Contoh:

 

6. Mesra wuduk

the pastels shop invisible sunscreen
Gambar: The Pastels Shop
 

Untuk yang beragama islam, lebih ideal kalau guna sunscreen mesra wuduk. 

Iaitu yang cara cuci sunscreen lebih senang, guna air sahaja tanpa guna pencuci muka.

Contoh: 

 

7. Tiada white cast

White cast adalah kesan yang paling digeruni dalam sunscreen di mana ia buat muka bercapuk. 

Kesan krim terlalu pekat terutama buat pemilik kulit gelap. Pilih sunscreen yang tiada white cast supaya kulit nampak natural.

Contoh:

 

8. Tidak menyumbatkan pori

Tips pilih sunscreen seterusnya adalah non-comedogenic atau yang tidak menyumbatkan pori.

Pori tersumbat akibat produk skincare menyebabkan whiteheads, tiny bumps dan jerawat.

Cara pakai sunscreen dengan betul

To get the most protection, anda kena pakai dengan cara yang betul. 

1. Pakai setiap hari kecuali pada waktu malam.

2. Sapu sunscreen di langkah terakhir rutin penjagaan wajah.

3. Pakai sunscreen sebelum makeup.

sunscreen 2 jari
Gambar: Instagram Skin Medicinals

4. Guna teknik 2 jari. Jangan kedekut, atau kulit anda juga yang sunburn nanti.

5. Reapply setiap 3-4 jam! Boleh rujuk artikel Cara Reapply Sunscreen for more!

FAQs

Tips pilih sunscreen untuk jerawat?

Pilih physical sunscreen sebab ia tak memberikan iritasi dan tidak menyumbatka pori.

Sunscreen terbaik untuk jeragat?

Guna yang ada bahan arbutin seperti Sunplay Skin Aqua UV Whitening Moisture Gel.

Baca: 6 Sunscreen Terbaik untuk Jeragat.

Kesimpulan

Dengan tips pilih sunscreen ni kami harap anda boleh pilih sunscreen yang sesuai dengan kulit dan bajet. Good luck!

Terbaru Lebih lama